Taman Rekreasi Sungai Hiliran Perlu Dipulihkan

215

KUALA TERENGGANU – Keadaan Taman Sungai Hiliran boleh dipulihkan sekiranya pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) boleh memberi tugasan atau pun peluang kepada mana-mana pihak atau pun kontraktor untuk menguruskanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata itu adalah satu cara yang baik bagi menyelesaikan masalah taman itu yang te!ah terbiar sekian lama.

“kalau tidak di selenggara (bukan sahaja) ia mencacat pemandangan tapi ia (juga) menjadi tempat orang menggunakan(nya) buat aktiviti tidak bermoral.

“Apa yang saya dapat maklumat disitu terdapat beberapa perkara, tidak baguslah diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab aktiviti tidak bermoral,” tegasnya ketika ditemui.

Beliau mewakili penduduk mengharapkan tempat itu perlu dibaik pulih dan dibersihkan agar boleh diguna untuk rekreasi, sebagaimana tujuan asal pembangunannya.

“Jadi kita harap makna benda ini diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab

“Setakat ini dalam Majlis Daerah tidak ada dibincangkan lagi dan kalagerju sekiranya ia sudah menjadi perbualan masyarakat saya akan bawa dalam mesyuarat yang terdekat,” jelas beliau.

Menurutnya lokasi itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti wakaf untuk berehat dan tandas, dibina pada tahun 2010 dibawah program Satu Negeri Satu Sungai anjuran JPS dengan peruntukan satu juta ringgit.

Oleh itu, beliau berharap agar jabatan dan agensi kerajaan terbabit mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.

“perlu ada pihak yang bertanggungjawab, kita tengok macam mana yang patut kita buat dan saya akan semak balik dengan saya hubungi JPS,

“termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pihak yang betul-betul bertanggungjawab untuk mengambil alih tugasan,” tanbahnya.