Tali Allah Sebagai Asas Penyatuan

227

Oleh : Adli Mohamad

KUALA LUMPUR – Tali Allah menjadi asas dan merupakan teras kepada apa jua bentuk penyatuan serta perpaduan diantara PAS dan UMNO.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata asas berkenaan menjadi aspek yang akan mengukuhkan ikatan perpaduan.

“UMNO membuka salam kepada PAS, (dan) PAS (telah) membuka salam kepada UMNO diatas dasar sama-sama untuk mematuhi perintah Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada program ‘Town Hall’ Anak Muda, bersempena Himpunan Penyatuan Ummah di Putra World Trade Centre (PWTC), semalam.

Pada ucapannya beliau turut membidas satu kenyataan daripada Rafizi Ramli menyentuh mengenai kerjasama yang terjalin diantara PAS dan UMNO.

“Dia (Rafizi) kata perkahwinan diantara PAS dan UMNO tidak mungkin bertahan lama, kerana tidak tahu mana satu suami (dan) mana isteri?

“(Sebaliknya) kita boleh tanya diantara PKR dan DAP mana suami, mana isteri? “tegasnya menempelak pimpinan PKR berkenaan.

Menurutnya, apa yang hendak dibanggakan dengan PH yang menang diatas dasar fitnah, dan menjadikan ekonomi Malaysia makin merudum serta hutang semakin bertambah.

Beliau turut mengajar para hadirin agar memperingati peristiwa 11 September yang berlaku di New York, Washington berkait bahayanya politik fitnah sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan, sehingga menumbangkan Iran dan Iraq kerana persepsi dilakukan Amerika tersebut.

Ketua Timbalan tersebut turut menyampaikan serangkap pantun didalam ucapannya bagi meniupkan semangat mereka yang hadir.

“Hari ini kita bersaksi,
hari esok kita menjulang jaya,
hari ini kita di PWTC,
hari esok di Putrajaya,” katanya.