Tahniah Terengganu Catat Indeks Jenayah Paling Rendah Di Malaysia

2032

Saya mengucapkan Tahniah kepada YDH DCP Dato’ Aidi Ismail, Ketua Polis Terengganu dan seluruh anggota pasukan PDRM Terengganu atas kejayaan meletakkan Terengganu sebagai negeri paling selamat dengan indeks jenayah paling rendah di Malaysia tahun 2018 seperti diumumkan oleh Ketua Perangkaan Malaysia semalam.

Tahniah juga kepada rakyat Terengganu yg menghayati tema Maju Berkat Sejahtera kerana dengan kerjasama baik semua peringkat dengan PDRM, keamanan dan keselamatan terus terpelihara.

Selaku Penasihat kepada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Terengganu, melalui perbahasan saya di Parlimen semalam untuk Kementerian Dalam Negeri, saya telah meminta Kebajikan anggota PDRM terus diambil cakna , balai balai polis yg baru sesuai populasi khususnya di Kuala Terengganu yang bertambah pesat.

Saya telah minta supaya IPCMC yang mahu diwujudkan supaya ditelitikan jangan menyebabkan polis menjadi teragak agak mahu melaksanakan tugas sehingga menjadi pasukan yang terlalu ‘playsafe’ kerana terdedah terlalu banyak risiko kerjaya.

Pengumuman peningkatan kadar jenayah seluruh negara, kecuali di Terengganu memberi isyarat PDRM perlu lebih diperkasakan bukannya dilemahkan dengan tekanan tekanan sesetengah pihak yang terlalu meraikan kemahuan golongan tertentu.

Isu dadah yang meningkat di beberapa negeri melibatkan sindiket dadah yang perlukan kuasa tertentu di bawah POCA, POTA dan SOSMA kerana ianya jenayah yang kompleks dan tidak mudah ditangani.

TAHNIAH PDRM TERENGGANU.

MAJU BERKAT SEJAHTERA

YB AHMAD AMZAD BIN HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
28 November 2019