Tahfiz Darul Hadis Terima Sebuah Kereta Dan 30 Rehal

469

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT – Pusat Tahfiz Darul Hadis, Gong Kepas menerima sebuah kenderaan MPV Nazaria dan 30 rehal untuk kemudahan para pelajar di Institut tersebut.

Pengetua Tahfiz tersebut, Ustaz Muhammad Kamarkasyidi berkata, barangan tersebut adalah sumbangan daripada Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia.

“Saya melahirkan rasa syukur di atas sumbangan yang diberikan dan semoga ianya bermanfaat untuk kegunaan tahfiz,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) berkata demikian ketika ditemui pihak media di pusat Tahfiz tersebut, pada semalam.

Menurutnya, pusat tahfiz tersebut yabg asalnya di beri nama Tahfiz Darul Rahman kini ditukar nama Tahfiz Darul Hadis dibina pada tahun 2016 dan akan memulakan operasi pada awal tahun hadapan.

“InsyaAllah jika tiada aral,kita akan memulakan pengajian pada awal tahun hadapan,” jelas beliau.

Muhammad Kamarkasyidi menambah, pusat tersebut yang sepatutnya beroperasinya pada bulan Mac 2020 terpaksa ditangguhkan ekoran wabak covid-19 yang melanda negara.

Justeru itu, beliau juga menyeru kepada dermawan-dermawan yang ingin menyumbang bagi dana MTDHB untuk bolehlah disalurkan melalui akaun bank tersebut atas nama Tahfiz Darul Rahman, Maybank, 563046318953 dan Bank Muamalat, 13030000587718.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mudir Ustaz Kamarkasidi di talian 0199042888.