Tabung Haji ; Kenapa Baru Sekarang?

4312
Cikgu Alias Harun

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Setelah sekian lama Lembaga Tabung Haji beroperasi menguruskan urusan pendeposit yang mengantungkan harapan untuk menunaikan haji, tiba-tiba sekarang timbul masalah, kenapa?

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun, Cikgu Alias Harun mempersoalkan demikian memandang ianya berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan yang dilihat suka mencampuri urusan orang Islam.

“Mungkinkah ada unsur-unsur lain yang cuba menganggu institusi kewangan terbesar orang Islam itu, ” soalnya lagi.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang dihubungi di rumahnya di sini pada 12 Disember yang diminta mengulas isu Tabung Haji.

“Kita bimbang, institusi yang menjadi harapan orang Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima tergugat, ” ujar beliau kecewa.

Cikgu Alias menambah, selama ini, orang-orang kampung dan susah, menyimpan sedikit demi sedikit  untuk menunaikan haji.

” Jadi saya amat mengharapkan apa yang disarankan oleh Presiden PAS agar ditubuhkan RCI diterima oleh kerajaan memerintah, ” katanya.

Menerusi laman sosial Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS itu
mencadangkan  agar satu penilaian menyeluruh yang dikendalikan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja (RCI) ataupun Parlimen.

Ahli Parlimen Marang itu juga, seterusnya menulis, ianya sebagai meneliti dan mempertimbangkan setiap syor yang dikemukakan oleh juruaudit bebas yang telah dilantik, sebelum dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang masih baharu dan kerap membatalkan keputusan yang dibuat mereka sendiri.