Tabung Darul Iman Ringankan Beban Pesakit Kronik

1189

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Bantuan kewangan Tabung Darul Iman yang di wujudkan sejak pemerintahan PAS 1999-2004, meringankan beban pesakit kronik dengan sedikit sumbangan kos bagi menampung pembiayaian perubatan atau pembedahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, menjadikan Tabung Darul Iman tempat rujukan mereka yang mengalami masalah sakit kronik .

“Penubuhan Tabung ini, bagi meringankan beban pesakit dan juga musibah lainnya amat besar maknanya,

“kita mahu rakyat Terengganu yang tahap kesihatan mereka agak teruk, terus mendapat sokongan kewangan daripada Tabung itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima 19 keping cek untuk di sampaikan kepada penerima yang layak bagi DUN terbabit pada Isnin 7 Ogos, di pejabat DUN, Taman KP Perdana, di sini.

Katanya, antara mereka yang ramai menerima sumbangan Tabung itu ialah mereka yang menghidap sakit seperti masalah jantung ,buah pinggang dan barah.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berharap Dana dari Tabung itu terus ‘mengalir’ bagi meningkat kesejahteraan hidup rakyat.

“Alhamdulillah, kita bersyukur sangat sangat kerana sumbangan dari Tabung Darul Iman ini amat di perlukan oleh rakyat,

 

“semoga Tabung ini akan terus menyalur sumbangan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu akan dapat menafaat tabung ini bagi mereka yang layak,” jelasnya.

Sementera itu, seorang penerima warga emas, Puan Rokiah Muda, 61, begitu terharu ketika di temui di rumahnya di Kampung Gelugor Raja, dekat sini.

“alhamdulillah , saya ingat tak dapat sebab permohonan ini dah lama saya minta , saya pesakit jantung dan sudah tak larat nak buat kerja,

“duit ini boleh bantu kos perubatan saya……terima kasih kepada (kerajaan) PAS yang datang bagi cek ini,” kata beliau.

Sumbangan cek kepada Rokiah telah di sampaikan oleh Penyelia i-MITS Haji Radzali Abd Ghani dengan diiringi Penghulu Mukim, Mohd Ikram Rasyid dan beberapa orang wakil Dewan Muslimat DUN.