T-Team gagal ke separuh akhir kerana serangan lemah

342

Ketua jurulatih pasukan T-Team Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor menyalahkan serangan yang lemah dan tidak ada penyudahan menyebabkan pasukan itu gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia

Beliau berakata, T-Team sepatutnya mejaringkan enam gol ketika melawan Felda United pada malam Sabtu, sebaliknya kalah 1 – 2.

Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan kempen Piala Malaysia T-Team sebagai menggalakkan selepas berjaya ke peringkat suku akhir tepi keluar dari saigan apabila Johor DT layak keranaperbezaan gol selepas kedua-dua pasukan mengumpul sembilan mata.

Beliau berpendapat, walaupun tidak mempunyai pemain ‘bintang’, T-Team boleh pergi lebih jauh musim depan jika pasukan itu diberikan perhatian yang lebih.

“Pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain muda dan berbakat yang mempunyai potensi yang besar. Kebanyakan mereka akan dikekalkan musim depan,” katanya.