Syukur, PAS Sertai Kabinet

312

Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menyertai kabinet Malaysia yang baharu setelah perletakkan jawatan Perdana Menteri ke-7 Dato’ Seri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dengan sendirinya kabinet beliau turut terbubar.

Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Haji Hazri Jusoh menzahirkan rasa syukur beliau dengan perkembangan terbaru politik negara ini.

“Kita bersyukurlah kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin Nya telah menzahirkan perancangan dari Tuan Guru Presiden PAS yang selama ini banyak dipersendakan oleh pihak tertentu tentang Kerajaan Teknokrat,

“Maknanya didalam kabinet kerajaan baharu ini bukan kesemuanya orang politik yang menerajui negara malah bersama mereka juga orang yang cerdik pandai dan ada kepakaran dalam bidang tertentu yang bukan ahli politik,”ujar beliau。

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kijal berucap demikian di Majlis Kunjungan dan Taklimat oleh Pengerusi Tabung Darul Iman (TDI) Wan Fahmi Wan Mohd di Pejabat Penyelaras Kijal hari ini.

“Alhamdulillah diperingkat negeri Terengganu juga ada wakil dari Ahli Parlimen PAS yang menyertai kabinet Pakatan Nasional ini,” ucap beliau.

“Tahniah buat YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali Ahli Parlimen Kuala Nerus dan YB Ahmad Amzad Hashim Ahli Parlimen Kuala Terengganu diatas perlantikan tersebut,” ujar beliau.