Syarat ‘Menutup Aurat’ Difahami

469

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Syarat menutup aurat bagi menyertai setiap penganjuran kejohanan bola sepak oleh PAS difahami seluruh lapisan masyarakat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor berkata, ia sudah dimaklumi dan dipatuhi.

“Kerana peraturan sama yang dikenakan di mana-mana negeri apabila dianjurkan PAS maka mereka tidak sesekali akan berpakaian tidak senonoh.

“Ini dapat dilihat apabila kita menganjurkan Kejohanan Bola Sepak di Peringkat DUN Bukit Besi telah mendapat penyertaan ramai dan menjadi satu sejarah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas mengenai kejayaan kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada Ahad 1 September yang lalu.

Bahkan katanya, pasukan yang mengambil bahagian terpaksa dihadkan kepada 42 pasukan sahaja.

Turut hadir dan memeriahkan program ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.