Susu Ibu Jadi Penawar Covid-19; Ramai Yang ‘Ghairah’

226

Ramai pulak kaum bapa terlebih ‘excited’ bila membaca laporan akhbar mengenai susu ibu menjadi penawar COVID-19. Malah pelbagai idea diberikan bagi membantu pihak kesihatan dalam memerangi wabak COVID-19 itu – sekarang ini mencecah puluhan juta mangsa.

Jangan terlalu cepat melatah dengan tajuk berita sensasi seperti itu. Kaedah sama yang saya berikan sebelum ini, pembuktian secara sahih dan sempurna perlu diwujudkan terlebih dahulu sebelum mendakwa ianya berkesan kepada kegunaan umum. Jika sekiranya kajian masih lagi di fasa sel hidup atau haiwan makmal, ianya adalah berlegar dari sudut keputusan ilmiah dan teori semata-mata. Belum tentu boleh dijadikan piawaian standard untuk kegunaan masyarakat secara menyeluruh.

Apa yang berlaku sebenarnya dalam kajian yang telah dibuat oleh pengkaji dari China tersebut?

Pada awalnya pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menyatakan ibu yang dijangkiti COVID-19 tidak selamat menyusukan anak-anak mereka kerana virus COVID-19 itu boleh turun melalui susu ibu. Namun kajian mendapati 66% anak-anak bebas dari jangkitan COVID-19. Bahkan 33% anak-anak yang dijangkiti COVID-19 pun tidak bergajala yang teruk.

Bermula dari situ, pengkaji merasai hairan, apakah mekanisma yang berlaku disebalik kajian rentas itu. Lantas mereka memulakan kajian klinikal ke atas tisu haiwan makmal samada dijangkiti virus COVID-19 atau tidak jika dicampurkan dengan susu ibu.

Ya, mereka berjaya membuktikan bahawa sel hidup haiwan berkenaan tidak dijangkiti oleh virus COVID-19. Pengkaji sendiri terlalu excited, itu sebab terus buat kenyataan media bahawa mereka telah berjaya menemui sesuatu!

Apa yang berlaku sebenarnya, kajian itu masih peringkat awal atau pramatang. Amat merisaukan jika masyarakat umum akan berebut-rebut susu ibu tanpa kawalan sedangkan kajian atas manusia umum masih belum konkrit. Akan berlaku pemerdagangan susu ibu nanti.

Tunggu dan bersabar dahulu sehingga kajian penuh dijalankan. Itupun kalau kerjaaan beri kelulusan untuk teruskan kajian sebab ianya melibatkan etika kajian dan beberapa moral tertentu yang memerlukan penelitian pihak berkuasa.

Sekian komen saya.
Suhazeli Abdullah
1.10.2020
Kuala Berang