Sumbangan PAS Untuk Semua

144

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan wabak Coronavirus @ COVID-19 telah menyebabkan banyak orang memerlukan bantuan tambahan, ada yang mengadu bahawa mereka masih tidak dapat menerima bantuan setelah PKP dilancarkan hampir dua bulan yang lalu.

PAS Miri telah mengagihkan bekalan makanan asas kepada penduduk di kawasan perumahan Permyjaya dan Tudan yang terjejas oleh kesukaran mendapatkan bekalan makanan akibat PKP.

Sebilangan penerima mengadu kepada PAS bahawa mereka tidak mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun nama mereka telah diambil oleh pihak tersebut. Mereka telah lama menunggu panggilan dari JKM tetapi tidak ada panggilan yang diterima.

Terdapat juga penduduk dari kawasan luar bandar di mana mereka tidak dibenarkan pulang. Menurut seorang ibu yang sudah lanjut usia, dia mengatakan bahawa suaminya di kampung tidak dibenarkan melihatnya di Permyjaya kerana adanya PKP. Dia terpaksa tinggal bersama keluarganya di rumah Permyjaya kerana mengalami kecederaan tulang belakang akibat terjatuh dari pokok dan terpaksa kembali ke hospital untuk tujuan perubatan.

PAS Miri memberikan bantuan dengan nama yang diberikan tetapi sebilangan penerima yang tidak termasuk dalam senarai PAS juga mendapatkan bantuan kerana mereka belum dapat bantuan daripada pihak yang berkenaan. PAS Miri bersimpati dengan nasib mereka yang masih tidak berdaya tanpa mengira bangsa dan agama. PAS memberi sumbangan kepada semua komoditi di kawasan perumahan tanpa mengira bangsa dan agama dan berharap lebih banyak orang dapat menderma untuk membantu keluarga yang memerlukan.

PAS Sarawak menggesa JKM untuk segera memberikan bantuan kepada nama-nama penerima yang belum diberi bantuan makanan asas seperti yang mereka buat aduan kepada PAS Miri.

PAS Miri telah bekerja keras untuk membantu penduduk yang kurang bernasib baik walaupun dalam keadaan terhad. Program ini akan diteruskan di tempat lain. Kami berharap dan berdoa agar wabak COVID-19 dapat segera dihapuskan. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

PAS assistance to all communities

The Conditional Movement Control Order (CMCO or Conditional MCO) following the Coronavirus @ COVID-19 outbreak has caused a lot of people to need extra aid, some complained that they still could not receive aid after the MCO has been launched almost two months ago.

Miri PAS has distributed basic food supplies to residents in the Permyjaya and Tudan housing areas affected by the difficulty of obtaining food supplies as a result of the MCO.

Some recipients complained to PAS that they had not received any assistance from the Social Welfare Department (JKM) even though their names had been taken by the relevant party. They have been waiting for a call from JKM, but no call has been received.

There are also residents from rural areas where they are not allowed to return. According to an elderly mother, she said her husband in the village was not allowed to see her in Permyjaya because of the MCO. She had to live with his family in a Permyjaya home because she suffered a spinal injury due to falling from the tree and had to return to the hospital for medical purposes.

PAS Miri provides assistance under the name provided but some recipients who are not on the PAS list also get help as they have not been able to get help from the relevant party. PAS Miri sympathizes with the fate of those still helpless regardless of race and religion. PAS contributes to all commodities in residential areas regardless of race and religion and hopes that more people can donate to help families in need.

Sarawak PAS urged JKM to immediately provide assistance to the names of recipients who had not been given basic food assistance as they had complained to Miri PAS.

Miri PAS has worked hard to help the underprivileged population even under limited circumstances. The program will continue elsewhere. We hope and pray that the COVID-19 outbreak can be eliminated soon. Collaboration with all relevant parties to ease the burden of families in need is greatly appreciated.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief