Sukaneka PASTI Kawasan Besut Meriah

715

Oleh: Saifullah Jusoh
Foto: Syafika Husin

BESUT- Sukaneka Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut yang melibatkan 26 buah PASTI berlangsung meriah. dengan seramai 200 orang pelajar menyertainya.

Pelbagai acara menarik telah diadakan, antaranya acara Kerusi Berirama, Belon Misteri dan Kasut Gergasi pada temasyayang diadakan di Pantai Bukit Keluang, Besut pada 10 November 2019.

Pengarah PASTI Kawasan Besut, Syamri Razak melahirkan rasa sukacita kerana acara pada tahun ini sungguh meriah berbanding tahun sebelumnya.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada PASTI.

“Saya juga ingin memohon maaf jika adanya kekurangan dalam penganjuran kali ini. In shaa Allah penganjuran pada tahun hadapan akan diadakan dengan lebih meriah lagi,” ujarketika merasmikan program tersebut.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Syukri, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri dan Ketua Pemuda PAS DUN Kota Putera, Aziz Che Kob.