Sukan Medium Ukhuwah dan Dakwah

303

Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN – Sukan merupakan salah satu medium atau kaedah yang boleh menyatukan berbagai golongan masyarakat dan juga menonjolkan syariat Islam.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Kijal, Mohd Roslan Abd Rahman berkata dengan bersukan juga boleh mendidik golongan belia untuk bersungguh – sungguh dalam mengejar keredhaan Allah S.W.T.

“Kami orang muda amat bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah baru-baru ini iaitu ‘Sukan Patuh Syariah’,” ujar beliau lagi.

Mohd Roslan Abd Rahman
Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika
di Kejohanan Liga Bolasepak 9 sebelah DUN Kijal 2019 yang diadakan di Padang Bank, Kampung Penunjuk, Kijal di sini 6 September.

Liga yang diadakan selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 September menyaksikan sebanyak 24 pasukan dari seluruh DUN Kijal berentap bagi merangkul Piala Penyelaras DUN berkenaan pada tahun ini.

Beliau yang juga merupakan urusetia liga yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Dun Kijal (Ar Rijal) juga memberitahu menutup aurat adalah syarat mandatori yang perlu dipatuhi oleh setiap pasukan untuk menyertai liga tersebut.

” Kita mahu menghindarkan mereka daripada terlibat dengan dosa mendedahkan aurat dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan mereka daripada aktiviti – aktiviti yang negatif,” ujarnya lagi.