Sukan Asia; Azizulhasni Menang Emas Ke-5 Malaysia

1134

KUALA TERENGGANU – Jaguh lumba basikal trek kebangsaan Azizulhasni Awang telah berjaya merangkul pingat emas kelima Malaysia dalam saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Anak muda kelahiran Dungun itu berjaya memintas pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, dalam kedua-dua pusingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta petang tadi.

Azizulhasni atau turut dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ itu meneruskan kayuhan bertenaganya untuk meraih pingat emas tadi.

Pertaruhan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu untuk meraih pingat emas keenam buat negara berbaki dalam satu acara keirin yang akan berlangsung di velodrome yang sama malam ini.