Suara Umno: Mufti Perak Jangan Di Peralat

338


DPPN Pk
mengecam kenyataan Tan Sri Harussani yang cuba bersikap berpihak kepada UMNO di dalam isu Kerajaan Perpaduan ini. Mufti yang sepatutnya di lihat tidak berpihak dan sebagai penasihat Agama kepada Seri Paduka Sultan Perak agar tidak mencemar kedudukannya dan berpihak sebagai suara kepada mana-mana parti politik.

DPPN Pk akan mengadakan pertemuan bersama dengan Tan Sri Harussani bagi menjelaskan dan menerangkan perkara sebenar penolakan terhadap kerjasama dengan UMNO yang telah dilihat di Perak sendiri cara mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari yang lalu.

DPPN Pk juga meminta supaya isu-isu Agama Islam yang menjadi tanggungjawab Mufti mesti diselesaikan dahulu daripada memberikan kenyataan-kenyataan politik. DPPN Pk berharap agar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mufti supaya tidak berpihak kepada UMNO semata-mata tetapi lebih bertanggungjawab jika ianya bertentangan dengan UMNO. 

Dr. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.