Stadium Usang Saksi Terengganu Gagal Ke Akhir Piala FA

221
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Terengganu%20kelantan%2028%20mei.jpg

Permainan pusingan kedua setelah kalah pada separuh akhir pertama di Kelantan 4 – 1 bermula dengan baik apabila Terengganu mendahului Kelantan 2 – 0 sehingga permainan separuh masa pertama.

Walaupun ditambah dengan dua gol lagi pada separuh masa kedua, Terengganu tidak bermaya menyekat serangan Kelantan yang membuahkan dua gol juga pada separuh masa kedua, menjadikan keputusan akhir Terengganu perolehi 4 gol dan Kelantan 2 gol.

Kesudahan yang malang kepada pasukan Terengganu terpaksa menerima kekalahan aggregat 5 – 6 kepada passukan Kelantan ‘The Red Warrior’.

Gol Terengganu dijaringkan oleh Vincent Bikana pada minit ke 5,  G.Puaneswaran pada minit ke 26, Effa Owona pada minit ke 70 dan Manaf Mamat  pada minit ke 90.

Kedua-dua gol  Kelantan di jaring pada masa tambahan oleh Obinna pada minit ke 93 dan Dickson pada minit ke 119