Stadium runtuh tak tahu mende lagi. LPT2 liwat ! JKKK pula buat hal !

378

Jawapang exco penceng tu dok heranglah…pasal Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dah kata, UMNO ni makhluk telinga satu mulut dua…

Ingak ke selesai belake. Tahun 2011 bulehlah bergaya. Gi Kolumpo laju semacang, masa pendek, bereh belake. Tapi tetiba, LPT2 pulok tergendala. Liwat pulok. dok mungking liwat, dok tahu bila.

Walaupung Mad Said kata, liwat setahung, aku dok caya. Bak pe?

Lepah ni kena keluar tender baru pasal dua syarikat kroni dok rok belake. Bahang projek LPT2 temo’o, sapu dua butir projek setiap syarikat. Nak untung puluh-puluh juta, tapi pitih modal sekepeng tak dok !

Bila nak wat tubik tender baru, ini peluang geng Mad Said nak bahang pulok, bak hok dulu geng Deris buleh belake. Tapi dok kang geng Deris nok tengok ssaje?

Kroni sapa pulok dapat, Baloh pulok situ !

Dung…dang…. dung…dang, makang setahung pulok baru buleh nok mula kerja. Lepah 6 bulang, tergendala pulok, bak dok cukup pitih nak wak modal, liwat pulok !

Dua bulang lepah, wakil rakyat UMNO/BN protes. Tak mahu masuk dewang, konong takut nyawa terancam. Mudoh benor nok ugut, ngang SMS pung doh hilang batu.

gedebak…gedebuk… last-last rupanya bekas SU Deris hok kena….kena igat baru. Lepah tu masuk mahkamoh, dok ngaku.

mula dulu Rosol and the gang doh buat protes, tak mahu terima Mad Said, lepah tu deraka ke raja !

Kelmaring, JKKK pulok protes !

Syarat lantik Pengerusi JKKK ditolak

KUALA TERENGGANU – Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Kuala Terengganu tidak bersetuju dengan syarat proses pelantikan JKKK 2009 yang menetapkan pengerusi JKKK haruslah Ketua UMNO Cawangan.

Pengerusi Bertindak Kebajikan JKKK Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Ali, berkata, proses pelantikan JKKK 2009 perlu mendahulukan imej ‘mesra rakyat’ tetapi apa yang dilihat hari ini, dasar pelantikan yang baru terlalu dipolitikkan.

“Saya sebagai Pengerusi Bertindak Kebajikan JKKK Parlimen Kuala Terengganu iaitu satu badan yang diasaskan Allahyarham Da¬tuk Razali Ismail tidak berpuas hati dengan dasar pelantikan baru yang di-perkenalkan tahun ini. Ini kerana, dasar sebegini tidak dapat memberi keyakinan dan kebaikan kepada rakyat serta penduduk setempat.

“Seorang pengerusi JKKK perlu neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Seorang pengerusi JKKK tidak harus terikat dengan parti politik kerana jika keadaan seperti ini berlaku, saya yakin penduduk tidak akan mempercayai dan memberi kerjasama sewajarnya. Selain itu, saya yakin seandainya pengerusi JKKK terikat dengan sesebuah parti politik, dia tidak mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat kerana akan wujud sikap pilih kasih antara mereka” katanya .

Menurut Mohd, dasar pelantikan baru ini lebih menyukarkan kerajaan Ba¬risan Nasional (BN) dalam usaha mendekati dan meraih undi pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, penduduk pasti memandang negatif terhadap pentadbiran BN berikutan pemimpin JKKK yang dilantik tidak memenuhi kehendak mereka.

Katanya, pelantikan pengerusi JKKK juga harus mementingkan kehendak setempat kerana tanggungjawab yang dipikul meliputi seluruh kawasan di bawah pemantauannya.

“Bagi saya, seorang pengerusi JKKK tidak boleh dipengaruhi parti politik tertentu berikutan tanggungjawab yang dipikulnya sangat besar. Oleh itu, biarlah pengerusi itu diterima penduduk supaya dapat memudahkan setiap urusan dirancang.

“Saya juga tidak bersetuju dasar pelantikan yang baru ini. Bagi saya, dasar ini mewujudkan masalah dalam perkhid¬matan yang akan diberikan terutama membasmi kemiskinan dan menjayakan aktiviti membabitkan penduduk. Saya risau sekiranya wujud pembahagian dana tidak adil atas dasar kepentingan politik semata-mata dan ia pernah wujud sebelum ini,” katanya.

Menurut Mohd, jika dilihat dari segi tradisi, individu yang mahu menjadi pemimpin perlu serba boleh bukan hanya dari segi politik tetapi juga agama, pergaulan dan sebagainya.

Justeru, dia berharap pelantikan pemimpin harus telus dan tidak wujud kepentingan politik.
“Pemimpin baik adalah pemimpin yang disukai rakyat,” katanya.

Wakil Pengerusi JKKK Kampung Kolam, Kuala Ibai, Mustafa Ismail pula berkata, dasar baru yang mengehadkan umur pengerusi JKKK iaitu sehingga 65 tahun sahaja tidak relevan kerana mereka harus menekankan kesihatan bukan umur pemimpin.

“Dasar mengehadkan umur ini tidak relevan kerana tidak semestinya individu melebihi 65 tahun tidak boleh memimpin dan berbakti kepada masyarakat,” katanya

Protes ssokmo…. tukor je lah nama… Terengganu Darul Protes pulok…ke Guane Gamok Ganu Kita ???

Apa Khabar Ganu Kita