Solat Hajat Kesejahteraan Negara

96

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulama Pusat mengarahkan semua pemimpin dan anggotanya menunaikan solat hajat dan bermunajat memohon kesejahteraan negara daripada wabak Covid-19.

Setiausahanya Ustaz Mohd Asri Mad Daud berkata, seluruh saf Dewan tersebut diminta mengadakan solat hajat di lokasi masing.

‘”sama ada di masjid atau surau dan mana-mana tempat yang sesuai, patuhi sehala garis panduan yang ditetapkan,” ujarnya dalam satu surat edaran semalam, 7 Ogos.

Beliau juga mengingatkan agar semua pihak mematuhi prosedur operasi yang telah ditatapkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan rantaian penyebaran virus maut itu diputuskan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu,YB Ustaz Saiful Bahri Mamat bersyukur kerana tidak dijangkiti wabak itu.

“Alhamdulillah, ke semua pegawai yang terlibat dalam kunjungan hormat bertemu YB Dato Seri Dato Seri Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri pada 1 Oktober 2020 yang lalu adalah negatif setelah menjalani ‘swab test’ semalam,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Walau bagaimana pun, ADUN Paka itu berkata, beliau dan rakan-rakan, tetap akan menjalani kuarantin kendiri sehingga tamat tempoh 14 hari.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri mendoakan agar Allah melindungi semua rakyat, negeri dan negara ini.

“sama-samalah kita doakan kesejahteraan dan keselamatan kita semua daripada wabak Covid-19 ini,” tambahnya.