Sokong Bawa Rebah

233

Sayang dek kerana kebodohan penyokong PH yang berkempen, mengundi PH, menyebabkan kerosakan dalam banyak isu penting negara. Apabila PH berbalah sesama sendiri, penyokong tidak sedar, kerana dialihkan isu oleh cyber troopers PH dengan isu-isu remeh lain. Dilaga-lagakan pula orang Islam oleh golongan kafir, ditambah dengan kesungguhan ulamak PH yang menjadi tongkat kepada PH, ia semakin punah.

Isu picisan seperti khilafiah dalam isu hadis lemah, hadis hasan, sentiasa akan ada watak ulamak mereka muncul apabila terkait dengan PAS terutamanya. Mereka sangat cergas dan pantas memberikan penilaian dan hukuman kepada lawan mereka. Ada juga makhluk luar yang menumpang sekaki konon atas nama dia sebagai pakar hadis.

Tetapi tiba-tiba lidah mereka menjadi kelu, jari jemari menjadi kejang untuk memberitahu betapa besar dosa memfitnah PAS menerima 90 juta duit Umno dan penyebar fitnah wajib memohon maaf kepada PAS. Hukum itu seperti hilang dari kitab-kitab mereka. Seolah-olah tiada wahyu yang jelas mengenai fitnah.

Bahawa janji-janji adalah wajib ditunaikan kepada rakyat, digelapkan oleh ulamak mereka, kerana ketua mereka kuat berjanji tapi tidak ditunai. Sangat jelas janji mereka bertempoh seperti turun harga minyak sehari selepas menang, tidak sampai 24, menghapuskan hutang pelajar-pelajar. Sehingga kini belum ditunaikan.

Ia bukan janji seperti Kerajaan Terengganu yang tidak menyatakan tempoh secara khusus, kerana ianya akan dilaksanakan sebelum penggal lima tahun berakhir. Dan sangat bertuah rakyat Terengganu kerana telah menerima 12 manifesto daripada 20 setelah hanya setahun berlalu.

Beberapa teori prinsip ketegasan dan ketelusan PH yang dahulu dijanjikan akan diterjemahkan dalam bentuk praktikal dalam pentadbiran mereka, kelihatan sekarang ini, hanya drama stereotype yang sudah boleh diagak, bagaimana pengakhirannya.

Betapa bantuan yang berat sebelah, diberikan kepada sekolah milik bangsa mereka dan mengesampingkan sekolah agama, dipandang sepi oleh penyokong PH yang dahulunya ada sebahagian mereka bertegang urat merih menentang Tun Mahathir dan Pak Lah kerana mahu menghapuskan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Mereka bagai termakan nasi kangkang PH. Seperti disihir, menjadi dungu dan tidak keruan. Mereka menyalak, tetapi pada orang yang salah. Tetapi kerana kesetiaan mereka, mereka tetap menyalak. Sudah tiada mereka kenal yang mana posmen penyampai surat, dan yang mana pencuri yang mengancam harta tuannya. Semua disalak mereka.

Akhirnya mereka hanya mendapat tulang sebagai upah. Sungguh hina kerana mana ada janji Allah yang mereka akan mendapat syurga apabila mempertahankan kafir dan memusuhi mukmin yang terbukti menjaga iman mereka?

Sangat jelas dimaklumkan rasulullah bahawa orang yang bersolat subuh berjemaah adalah dalam perjanjian perlindungan dengan Allah. Barang siapa memusuhinya, akan berhadapan langsung dengan Allah. Dimanakah otak orang yang mengaku Islam dalam PH apabila mengangkat pemimpin kafir mereka dan kemudiannya berbalah dengan pemimpin Islam yang sudah dikenali dengan ketaatannya dalam menunaikan solat subuh berjemaah seperti Presiden PAS?

Kita masih boleh menerima jika pertelingkahan ini hanya melibatkan sesama pimpinan Islam dan atas dasar Islam kerana sejarah telah menukilkan, ada perselisihan dalam kalangan golongan termulia iaitu sahabat rasulullah dalam isu pemerintahan yang didasari oleh Islam. Tetapi bukan antara Islam dan kafir, kerana waktu itu Islam wajib menyokong Islam. Kerana Islam wajib memimpin.

Dan PAS sangat bertegas dalam isu Islam memerintah. Jika ada kafir yang mahu bersama PAS, mestilah Islam itu diterima dan dihormati. PAS telah membuktikan ketegasannya, sanggup kalah dalam PRU jika Islam hanya menjadi hiasan. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Sekarang ini isu cikgu-cikgu di Pasir Gudang akan certified sebagai Authorised Gas Tester (AGT). Jadi bila bacaan naik, adakah cikgu kena berhenti mengajar dan boleh balik atau tunggu bacaan turun sambil sedut gas beracun sebelum sambung balik mengajar? Adakah budak-budak sekolah kat Pasir Gudang ni kira dah certified jadi tikus makmal? Budak-budak ni binatang atau orang?

Habis, taukeh-taukeh kilang masih belum dijumpai atau dikenalpasti lagi kah? Sama macam kes 1MDB jugaklah, tak jumpa-jumpa salah Najib, walaupun kata ada bukti berbukit-bukit. Macam kes rasuah 90 juta PAS jugalah kan? Tak ada bukti, saksi dan hukuman. Hilang begitu saja. Apa yang penyokong PH rasa? Inilah kononnya ketelusan dalam pentadbiran mereka. Dan penyokong beragama Islam PH sebenarnya menjadi sokong membawa rebah kepada agama dan bangsa. Tetapi mereka tidak sedar kerana dicandukan oleh PH, terutama DAP.

Mohd Nasir Abdullah
Bukit Payong, Marang
4 Julai 2019