SMIDI Ganti MRSM Imtiyaz YT

1332

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) akan dibuka pada Januari 2020 mengantikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang bakal ditutup,

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia sejajar dengan manifesto, menambah sebuah sekolah menengah agama setiap Parlimen yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.

“Yang berkesinambungan dari Sekolah Rendah Islam Darul Iman(SRIDI) nanti.

“Jadi kita dah berbincang dengan pihak Yayasan dan pihak Jabatan Agama Islam Terengganu, Bahagian Pendidikan,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini pada 26 November.

Oleh itu katanya, tidak berbangkit lagi soal pihak yang mendakwa premis terbabit terbengkalai selepas MRSM tidak beroperasi.

Beliau berkata, penutupan sekolah tersebut dibuat melalui perbincangan di antara pihak Yayasan Terengganu dan MARA pada 23 April lalu.

“Jadi ada perbincangan dimana pihak MARA antaranya menyebut tentang permasalahan kos, kekangan kewangan”, jelasnya.

Beliau memaklumkan, antara sebab MARA menghentikan operasi sekolah berasrama penuh berkenaan.