Skandal Pertanian Bakal Meletup !

697

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/bajacapdacing.jpgMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada 22 Jun lalu, mengaku terdapat banyak penyelewengan dalam projek-projek pertanian kerajaan khususnya penyelewengan dalam Projek ‘Contract Farming’ dan ‘mentor mentee’.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menggalakkan penglibatan rakyat dalam bidang pertanian, ia tidak seharusnya dicemari dengan penyelewengan oleh pihak tertentu yang menyalahguna kemudahan pemberian kerajaan.

Beliau memberi contoh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan daripada program ‘contract farming’ untuk mendapat pelbagai kemudahan kerajaan dan kemudiannya mengekploitasi penglibatan orang ramai dalam projek mereka.

“Akhirnya orang ramai dibekalkan dengan benih (tanaman) sahaja, tetapi hasilnya terpaksa dijual sendiri,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani.

Namun begitu, samada Noh sebagai Menteri atau Timbalannya, Datuk Johari Baharum yang membaca teks beliau, tidak mencadangkan supaya siasatan dibuat dan tindakan diambil terhadap penyelewengan yang berlaku.

Noh hanya mencadangkan supaya projek ‘Contract Farming’ dan ‘mentor mentee’ di kaji semula.

Manakala di Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat hanya mampu mengeluarkan kenyataan menyokong apa yang diperkatakan oleh Noh.

Menurut Rozi, kerajaan memandang serius isu itu bagi menggalakkan penglibatan rakyat dalam bidang pertanian.

“Ia tidak wajar berlaku. Saya kesal jika benar ada penyelewengan di sebalik kemudahan diberikan kerajaan. Langkah kementerian mengkaji semula kedua projek itu amat dialu-alukan dalam usaha mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Rozi hanya mampu menjadi Pak Dogol yang menjadi ‘yes man’ atas apa sahaja yang diperkatakan oleh Pak Menteri itu.

Sedangkan penyelewengan yang berlaku dalam sektor pertanian sudah bertahun-tahun dan membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.

Kalau tidak percaya, tanyalah orang kampung dimerata ceruk rantau !

Rakyat umumnya sudah maklum, siapa yang membolot keuntungan melalui pengagihan subsidi inpt petanian; baja, benih dan racun setiap tahun!

Ada senarai nama yang terus menerima bantuan input tersebut, walaupun diketahui tidak menjalankan usaha pertanian langsung.

Berguni-guni baja padi (cap dacing) dilambakkan dibawah-bawah rumah yang bukan pesawah padi.

Berekor-ekor bantuan anak lembu, ayam, itik dan kambing diberikan kepada orang yang sama setiap tahun.

Bukankah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mengatur segalanya ??

Apa yang berlaku kepada subsidi baja, benih, racun, anak itik, ayam, kambing, lembu, ikan  dan jentera yang diberikan kepada bukan petani, penternak dan peladang?

Soalan mudah ini tidak perlu menggunakan khidmat perunding professional untuk mendapatkan jawapannya.

Pergi sahaja ke kampong-kampung, buat tinjauan dimana-mana rumah yang ada timbunan baja dibawah rumah, tawarkan beberapa ringgit untuk membeli baja itu! Pasti baja subsidi yang di bekalkan oleh agensi-agensi kerajaan dengan wang rakyat itu dapat dibeli paling tinggi, 25%

lebih murah dari harga pasaran!

Terlalu banyak kes yang berlaku dimana, bukan sahaja lembu pawah dijual orang, malah jentera pertanian, pembajak dan traktor boleh dibeli dengan harga yang lebih murah.

Namun nama-nama hebat terus diberikan kepada projek-projek pertanian dan berita-berita ‘gelembung’ terus dipaparkan di dada-dada akhbar.

Antaranya SUTRATANI, Projek Fertigasi Mega, Jagung Hybrid, Serai Wangi Komersial, Strawberry tanah rendah, Zon Industri Akuakultur (ZIA), Mikro Kaprima

Pasti kita tidak lupa tentang berita tentang Projek Fertigasi Mega dimana Melon ‘Golden Langkawi’ dari Terengganu yang di ekspot ke Eropah, hebat bukan?

Terengganu Exports “Golden Langkawi” Melons To Europe

KUALA TERENGGANU, Oct 28 (Bernama) — Growers of the “Golden Langkawi” honeydew melons in Terengganu can now look forward to better income from the fruit with the Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) having found markets for their produce overseas.


The melons will be exported to Europe through the Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).


TADC executive director Adnan Ghazali said 16 tonnes of the melons worth RM57,143 were required each week for export to several European countries.


He said the melons from Terengganu were sort by importers in Europe as countries like Spain, Italy, France and Greece stopped producing the melons during winter.


Early this month, 10.5 tonnes of the “Golden Langkawi” honeydew melons worth RM37,500 were exported to Europe,” he told reporters during a visit by Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh to the FAMA Agriculture Produce Collection Centre in Cendering, near here, Sunday.


He said TADC, with the assistance of FAMA, was using the facilities at the centre, to pack the fruits for export while waiting for the completion of its own collection, grading and packing centre in Kampung Telaga Papan, Setiu in December.


Adnan said 250 participants were involved in the “Golden Langkawi” honeydew melon fertigation programme managed by the Agriculture Department, and 150 of them in the districts of Besut, Setiu and Kuala Terengganu were involved in producing the fruits for export until March next year.

— BERNAMA 


Hakikatnya hanya dua kali sahaja Melon tersebut yang boleh diekspot sebagaimana jawapan sidang DUN Terengganu pada Disember, 2008.