Singgah Sahur Pemuda PAS Kijal

398

Oleh: Pyang Mamat

Kemaman, 31 Mei – Pemuda PAS Dun Kijal semalam mengadakan agihan makanan untuk bersahur disekitar jajahan Kijal.

Tempat yang menjadi persinggahan antaranya adalah Kem Askar 512, Balai Bomba, Balai Polis, kilang, sekolah, rumah tol, kedai runcit dan stesen minyak.

Agihan yang bermula jam satu pagi itu disertai oleh kira kira 30 orang petugas yang turut disertai oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh.

“Syabas dan tahniah kepada Pemuda dan semua yang terlibat, semoga amalan yang sedikit ini akan dikira sebagai amalan baik kelak insyAllah”, ucap Ustaz Hazri Jusoh ketika ditemui pemberita.

“Disamping menyantun bertanya khabar boleh juga bersuai kenal, apatah lagi dibulan yang mulia ini setiap pahala akan digandakan oleh Allah”, ujar beliau lagi yang juga selaku Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman.

Urusetia program Mohd Takiyuddin Mohamed memaklumkan sebanyak 120 bungkus makanan yang disediakan bagi agihan kali ini. “Sebanyak 120 _pack_ kita sediakan untuk program kali ini, ianya mencukupi dan sempat diagihkan insyAllah”, kata beliau.

Program yang berakhir kira kira jam 5 pagi itu disudahi dengan doa oleh Ustaz Mohd Mujahid Mohd Mokhtar selaku Ketua Ulama’ MTD Kijal.