Sinabung; Orang Ramai Tidak Perlu Bimbang

114

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana Asap debu gunung berapi dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara kita.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Tuan Haji Jailan bin Simon – Ketua Pengarah berkata, gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia telah meletus pada Isnin, 10 Ogos 2020 pada pukul 11.37 pagi.

“Asap debu gunung berapi tersebut dijangka memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri-negeri di utara serta timur Semenanjung Malaysia (Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang) bermula semalam .

“Keadaan ini boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 – 5,000 meter.

Berdasarkan kepada model trajektori HYSPLIT yang dijana MET Malaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara kita,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, kata beliau, tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara kita akibat letupan gunung berapi tersebut.

“Keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana).

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh
Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial,” tambah beliau.