‘Signboard’ Dah Tumbang……Janji Tinggal Janji

263

BESUT – Papan tanda yang bertulis ‘Projek Sentuhan Kasih Felda Membina Rumah Banglo Setingkat Untuk Generasi Baru’ yang dipasang berhampiran jalan menuju Felda Tenang, telah pun tumbang ‘menyembah bumi’.

Namun, janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk Generasi Kedua Felda yang bergema sejak dua pilihan raya umum (PRU) lalu, belum menjadi realiti!

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar, papan tanda itu ialah yang ketiga yang didirikan pada saat hampir kepada tarik PRU kali ke-13 tahun 2013.

”Kalau tak silap ini ‘signbord’ ketiga rumah generasi kedua di Felda Tenang…..pada PRU13 Umno telah meletakkan batu asas pembinaan rumah generasi kedua di bawah projek “sentuhan kasih”.

”seminggu sebelum PRU (13) seekor lembu telah disembelih buat kenduri kesyukuran kononnya generasi kedua akan memperolehi rumah yang diidamkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melihat gambar papan tanda itu yang ditunjukkan kepada beliau.

Katanya, lebih 100 orang generasi kedua Felda tersebut, yang telah berkeluarga sangat memerlukan rumah tersebut.

”Umno bawa turun Pengurus Besar iaitu Encik Faizol merasmikan pembinaan rumah generasi kedua itu,

”sebelum itu mereka telah membersihkan tanah tapak rumah yang akan didirikan. Sebuah kontena (pejabat tapak) juga dibawa ke situ kononnya sudah ada kontraktor dilantik bagi pembinaan rumah-rumah tersebut,” ujarnya.

Oleh itu, borang mula diedar kepada pemohon dan Wanita Umno diarah menjaja borang permohonan ini dari rumah ke rumah, sebagai modal kempen.

Malangnya, selepas dua hari berlangsung PRU13 dan Umno-BN diisytiharkan menang di Hulu Besut, jentera penyodok dan kontena pejabat tapak, diangkut keluar oleh tuan yang menyewakannya kepada mereka.

”Hari ini ‘signbord’ telah tumbang….sebuah rumahpun tidak didirikan di sini,

”Umno menggunakan modal lama, borang permohonan rumah diedarkan semula. Pemohon telahpun dipanggil untuk temuduga pada hal sebuah rumah pun belum didirikan,” tegasnya.

Oleh itu katanya, episod siri ‘janji pilihanraya’ projek pembinaan rumah untuk generasi kedua Felda, diguna kembali sebagai umpan PRU14 ini.

”Ayuh……orang muda! Inilah masanya kalian bangkit……fikir-fikirkanlah,” seru beliau

Berita berkait;

70 Peneroka dan Gen-2 Felda Tenang Bantah Tindak Tanduk Felda
Rumah Generasi Kedua Felda; Janji Bila Hampir Pilihan Raya
Felda Perlu Bina Dan Selesaikan Segera Perumahan Generasi Kedua
Selepas Lima Tahun, Mana Rumah Kami? Sekarang Janji Lot Tanah Atas Sungai Pula