Siasatan Terhadap Siti; Laksanakan Seadilnya

299

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membuka kertas siasatan terhadap peguam kontroversi, Siti Kasim berhubung gesaan beliau mengharamkan sekolah tahfiz di negara ini.

PAS yakin siasatan seadilnya bakal diambil PDRM terhadap kelancangan Siti Kasim mengeluarkan kenyataan yang mampu mencetuskan sensitiviti agama dan masyarakat Islam melayu.

PAS berharap perkara yang mengancam kesucian dan kedudukan Islam sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan perlulah ditangani dengan pantas dan berkesan. Sebagai anggota masyarakat prihatin, tiada ruang kompromi sepatutnya diberikan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak harmoni dalam negara.

Semoga kesucian agama Islam terus terpelihara dengan lahirnya ramai generasi AlQuran yang baik melalui institusi tahfiz al Quran. Dan semoga keharmonian kaum yang diamalkan masyarakat Malaysia terus berkekalan dengan berpandukan perlembagaan negara.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
18 Jun 2020 | 26 Syawal 1441