Siasat Dengan Telus – Dato’ Mustafa aLI

380

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian ketika mengulas tragedi tersebut yang disifatkan Menteri Kerjaya sebagai memalukan Negara dan terpaksa menanggung kerugian RM25 juta.

Beliau berkata, menurut kebiasaan, sekiranya kerosakkan berlaku awal ke atas sesuatu binaan, ia kemungkinan kerana pembinaan tidak mengikut ‘spesifikasi’.

“Saya syak, semacam ada penyelewengan, siasatan yang telus harus dilakukan oleh pihak yang mempunyai kredibeliti secara professional,” tegasnya.

Katanya, banyak pihak mempersoalkan pembinaan stadium berkenaan sejak dari awal, termasuk PAS.

“Saya rasa sangsi sama ada ‘CF’ dia (stadium) lulus atau tidak. Kita (PAS) bimbang perakuan CF tidak dibuat tetapi Stadium itu digunakan juga sehingga berlaku keruntuhan,” ujarnya.

Menurutnya, satu jawatankuasa atau badan bebas wajar ditubuhkan bagi menyiasat secara telus serta mencari punca keruntuhan bumbung tersebut.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah dirasmikan oleh Tuanku Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 tahun lalu.

Stadium berkenaan berharga RM292 juta merupakan sebahagian dari Kompleks Sukan Gong Badak yang bernilai RM543 juta