Siap Sedia Untuk Sesi Persekolahan 2019

458

BESUT – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut telah mengambil langkah awal untuk menghadapi sesi persekolahan 2019 dengan mengadakan taklimat pengurusan bagi kesemua pengurus dan gurunya.

Menurut Pengerusinya Muhd Syazani Abd Razak taklimat yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat yang berkesan agar dapat dimanafaatkan pada sesi persekolahan bermula satu Januari nanti.

“Kita mengharapkan pengurusan PASTI bagi sesi 2019 lebih teratur serta dapat meningkatkan imej parti di mata masyarakat.“tegasnya ditaklimat yang diadakan di Bilik mesyuarat Kampung Padang Luas pada Rabu.

Ujarnya lagi dengan pertambahan murid dan empat buah PASTI baru yang akan dibuka nanti membuktikan bahawa PASTI masih lagi menjadi pilihan utama ibubapa untuk mendapatkan pendidikan awal bagi anak-anak mereka.

Sehingga kini sebanyak 26 buah PASTI akan dibuka di Kawasan Besut.

Oleh itu Muhd Syazani menasihatkan mereka yang terbabit dengan taklimat yang diadakan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat masyarakat khususnya kepada pelajar serta ibubapa yang menghantar anak ke PASTI.