Setiap projek ada ‘bahagian’ wakil rakyat Umno

207

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/whassan%20ceramah%20dungun.jpgDUNGUN – Wakil-wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional Terengganu didakwa adalah golongan yang kaya berbanding rakyat yang masih ramai dalam keadaan miskin.

Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan, ada ‘bahagian hasil’ kepada wakil rakyat.

“sebab itulah, diantara mereka akan kemukakan supaya peruntukan-peruntukan untuk mebuat kerja-kerja pembangunan ini kerana di dalamnya akan ada bahagian wakil rakyat, ini semua benda yang kita tahu,”tegasnya ketika berucap  dalam Majlis Penerangan Isu Semas di Kampung Molek, dekat sini semalam 19 Mei.

Tetapi yang sedih, kata beliau, bila sampai diperingkat perlaksanaan projek-projek tersebut, sebahagiannya tidak siap, sebahagiannya runtuh dan sebahagiannya tidak dapat digunakan.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun kesal kerana projek penaiktarafan Jalan Besar di bandar Dungun tidak dapat disiapkan sehingga hari ini

Menurutnya, projek tersebut yang telah dimulakan pada tahun 2008, namun pada 17 Mei lalu, genap tiga tahun, jalan tersebut masih tidak terbengkalai.

http://www.youtube.com/watch?v=sFDsu_Tj2LI