Seruan Negeri Bersih Disahut; Tanam Pohon Bidara Sebagai Gimik

957

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Seruan kerajaan ke arah Negeri Terengganu yang bersih disahut di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, apabila program gotong-royong diadakan, di semua Cawangan PAS dalam DUN tersebut.

Namun ada kelainan apabila gimik pelancarannya disempurnakan oleh Haji Ghazali Sulaiman Penyelaras yang juga Penyelaras DUN itu, dengan menanam sebatang pokok ‘Bidara’.

“Pokok bidara ini kita galakkan ditanam disemua masjid di seluruh DUN Bukit Besi,

“kerana Pohon bidara ini, boleh mensejahterakan akidah masyarakat, iaitu akan sentiasa mengingati mati.

“Kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati,” katanya ketika ditemui pihak media hari ini Jumaat 13 Julai.

Pengarah MTD Bukit Besi itu juga berkata, pohon bidara boleh mendatangkan manafaat kepada Perubatan Islam (as-Syifa) yang menggunakan daun bidara sebagai bahan, tambahan pula buahnya sedap dimakan.

“InsyaAllah, kita akan memilih kelapangan pada hari Jumaat pada setiap minggu untuk menyuntik kesedaran Masyarakat betapa pentingnya akan kebersihan pada desa dan kampung,

“Ini juga adalah untuk menyahut seruan kerajaan Negeri Terengganu dalam menjadikan Negeri Terengganu bersih” ujarnya, di perkarangan masjid lama, al-Muktafi Billah Shah.

Menurutnya, kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bagi memastikan kesejahteraan kepada masyarakat.

“Negeri bersih, rakyat sihat dan menjadi faktor kepada kesejahteraan. Semoga usaha ini akan memaknai erti Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera pada peringkat Dun Bukit Besi,” tegasnya.