Seruan Munajat Memohon Pertolongan Allah

762

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu menyeru seluruh rakyat untuk hadir beramai-ramai, berhimpun dan bermunajat memohon pertolongan daripada Allah.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Soud Said, solat hajat yang diikuti dengan Ucapan Khas Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, akan diadakan pada hari Khamis (malam Jumaat) 7 Mac, bermula jam 8.30 malam.

Beliau berkata, ia adalah bertepatan dengan perintah Allah dalam surah Al-baqarah ayat 45, yang mana Allah berfirman “mintalah pertolongan kepadaNya dengan sabar dengan mendirikan solat”

“Fitnah dan ancaman yang datang bertubi-tubi kepada PAS menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang semakin matang dan kuat.

“Selain mematikan para ahli sentiasa istiqamah, kebergantungan kepada Allah SWT amat diperlukan untuk memelihara perjuangan ini, ” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurutnya program rersebut yang akan diadakan di masjid Rusila, Marang, akan dimulakan dengan solat Isyak berjemaan, melibatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS seluruh negeri.

“Ayuh hadir bersama-sama ke Munajat dan Solat Perdana peringkat Negeri Terengganu yang akan diimamkan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri,” tambahnya.