Semua Peniaga Pasar Payang Akan Ditempatkan Di Bangunan Baharu

1882
Premis sementara perpindahan Pasar Payang

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu akan menempatkan semua peniaga Pasar Besar Kedai Payang ke dalam premis perpindahan sementara yang akan di siapkan tidak berapa lama.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia termasuk seramai 200 orang yang di maklumkan tiada tempat di bangunan baharu yang sedang dibangunkan. Kira-kira dalam 200 meter daripada premis sedia ada.

“Berbalik isu pasar payang memang  kalu ikutkan hampir 200 peniaga yang tiada tempat  di tempat perpindahan sementara kerana  pembesaran ataupun  baik pulih pasar payang mengambil masa  lebih  kurang dua tahun setengah dan (bulan) Januari  2021  dijangka untuk masuk balik.

“Jadi  dalam tempoh tersebut  kita sediakan tempat (untuk para peniaga),” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali yang ke-19 di Dewan Seri Budi,Jalan Sultan Omar disini, pada Isnin 18 Mac

Menurutnya, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin yang melakukan kunjungan hormat ke negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM500, 000 untuk  membina bangunan tambahan kepada  peniaga yang tidak ada  tempat.

“Cuma  jumlah RM500, 000 bukanlah  suatu bangunan  yang tertutup kekal dan saya mendapat maklumat daripada kontraktor ia hanya cukup untuk kita buat khemah  terbuka dan  boleh menempatkan (para) peniaga yang tidak ada tempat lagi.

“Insya Allah 200 orang itu akan masuk juga.Sebaiknya perpindahan sebenarnya  pertengahan bulan Jun nanti dan perkara tersebut akan  ditangani (serta penjual) boleh berniaga semula. Kebanyakan mereka ini adalah peniaga sayur dan akan dapat tempat dalam  khemah terbuka tersebut,” ujarnya.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan berbincang dan akan memaklumkan semula keputusan berkenaan dengan para peniaga memohon bantuan lori untuk memindahkan barang mereka.

Justeru itu, beliau berharap rakyat harus sedar dan memahami berkenaan dengan isu pasar payang kerana ini semua adalah pembangunan untuk rakyat.

Sehubungan itu Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu  Haji zakaria Yusof berkata, beliau mngucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membenarkan para peniaga berniaga di pasar payang yang baharu.

“Kami para peniaga di Pasar Payang berterima kasih kepada kerajaan negeri  khususnya Exco usahawan kerana (memberikan) kita  semua para peniaga yang berada di Pasar Payang (lama) dapat  tempat untuk  berniaga di Pasar Payang dua (baharu).

“Jadi setakat ini dalam pengetahuan kami semua  peniaga  akan di masukkan ke Pasar Payang dua. Tiada yang tertinggal. Mungkin yang tertinggal ada banyak hutang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (kerana) tak bayar  sewa.

“Yang bayar dan tiada hutang  mungkin  akan dimasukkan semua ke tapak Pasar Payang dua,” tambahnya.

Selain itu, Zakaria mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membenarkan para penjual berpindah pada 19 Jun yang pada jadual asal adalah 15 April 2019.

“Persatuan mengucapkan terima kasih  kepada kerajaan negeri kerana membenarkan kami berpindah  pada  jadual asal 15 April dan tunda kepada  19 Jun  selepas raya puasa.

“Dengan perpindahan itu kami  boleh menjalankan perniagaan seperti biasa  sebab  masa itu cuti sekolah dan  pengunjung ramai masa pada bulan April dan   Mei,” katanya.