Semoga ‘Anak Seni’ Mus dan Mael, Bersabar Menerima Ujian Allah

2375

Besarnya hikmah yang terkandung daripada sunnah ar-Rasul S.A.W supaya kita menziarahi orang yang sedang sakit.

Hari ini saya menziarahi Mus, vokalis kumpulan MAY, kumpulan rock yang pernah berada dipapan carta utama balada rock tanahair di penghujung 80-an dan awal 90an.

Mus, atau nama penuhnya Mustaffa Din, 49, yang asalnya mengalami demam panas dan akhirnya membawa kepada koma, kini dirawat di Hospital Ampang sejak 1 Julai lalu, sudah lebih dua minggu.

Mus yang sudah sedar dari ‘koma’nya seperti menahan kesakitan semasa proses penularan ‘plasma’ oleh jururawat, dia akhirnya senyum apabila rombongan Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat (LESTARI) tiba.

Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan, yang hadir sama menyuntik semangat untuk Mus terus bersabar dan tabah, sakit adalah kaffarah dan ianya akan mendekatkan kita pada Tuhan.

Mus berkongsi cerita, dia tak mampu lagi berdiri buat masa ini, rasa pening dan kepalnya yang ‘pusing’ membuatkan beliau masih tak stabil untuk berjalan.

Berulangkali ‘anak seni itu’ mengucapkan terimakasih kepada rombongan yang menziarahi dan mendoakan beliau semoga sembuh.

Turut sama, Zuar XPDC atau Azuar Md Tasi melunakkan lagi ziarah kami dengan memberitahu Mus, seorang lagi rockers iaitu Mael XPDC (Gambar atas) yang juga kini dalam proses penyembuhan.

Mael atau ama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, pada 29 Mac dan dimasukkan beberapa pain darah apabila mengalami ulser serta gout.

Zuar juga memberikan harapan kepada Mus supaya bersabar dengan ujian dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan beliau.