Sekalung Tahniah

230

Diucapkan kepada Tuan Guru Presiden PAS, YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah dilantik sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Pengumuman pelantikan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh hari ini merupakan suatu pengiktirafan yang besar kepada Tuan Guru Presiden.

Kami menganggap pelantikan ini sangat tepat memandangkan Tuan Guru Presiden berpengalaman terlibat dengan negara-negara Timur Tengah sejak zaman pengajian, dan juga keterlibatan dalam politik Islam sedunia.

PAS Terengganu mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Tuan Guru Presiden PAS, YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang di atas pelantikan ini. Tahniah dan terima kasih juga buat YAB Perdana Menteri yang telah bersetuju dengan pelantikan ini.

Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik, dan mempermudahkan urusan dalam menjalankan amanah ini.

Siiru Ala Barakatillah.

YB Senator Dato’ Hj Husain Awang,
Pesuruhjaya PAS Terengganu,
Ahli Dewan Negara

#PerikatanNasional
#MalaysiaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan