Seimbangkan Rohani Dan Jasmani

288

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Para pemuda PAS digesa supaya seimbangkan aktiviti antara rohani dan jasmani di dalam kehidupan agar mereka menjadi anak-anak muda relevan.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Hafiz Yusoff berkata, disamping bermain dan bersukan, mereka juga mestilah mengimarahkan majlis-majlis ilmu di masjid dan surau.

“Saya tidak mahu pemuda kita jahil hukum hakam agama. Saya mahu pemuda kita reti tentang halal haram dan dosa pahala dalam kehidupan seharian.

“Saya juga mahu berpesan kepada pemuda agar menjaga tingkah laku dan akhlak dalam apa jua perkara yang dilakukan. Hormatilah orang lain supaya kita juga dihormati,” tegas beliau.

Hafiz Yusoff

Beliau berkata ketika Usrah Riadah Bulanan Pemuda PAS DUN Kuala Besut di Gelanggang Futsal Kampung Lay Out Tok Saboh pada 18 Februari.

Menuurutnya, program Usrah Riadah yang diadakan secara bulanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pemuda-pemuda di DUN Kuala Besut.

“Walaupun kita bersukan, kita juga boleh selitkan dengan pesanan dan nasihat yang berguna kepada pemuda kita,” ujar Hafiz