Satu Umno pun gagal, jangan cakap Satu Malaysia

454


http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/gemasuara.jpgDemikian kata Ketua Peneangan PAS, Dato’ Mahfudz Omar dalam posting terbaru blognya Gema Suara Rakyat Melaysia

“Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia,” katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.

Saya menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno.

“Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya,”

Saya mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR). “Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia,”