Santuni Pekerja Dalam Program Singgah Sahur

263

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – PAS DUN Seberang Takir pertama kali mengadakan program ‘Singgah Sahur’ dengan menyantuni golongan pekerja yang menjalankan tugas pada waktu malam.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, program tersebut untuk meraikan kepada mereka yang bertugas pada ketika orang lain tidur bersama anggota keluarga masing-masing

“Sedikit sumbangan yang diberikan untuk juadah bersahur mereka diharapkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Dan program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi hubungan antara kita dengan golongan pekerja dan menjalin kerjasama daripada semasa ke semasa,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi kunjungan rombongan seperti pekerja Seven Eleven(7E), pengawal keselamatan,pengawal sekolah,KEMAS dan biro Tatanegara.

Justeru itu, Zakaria mengucapkan terima kasih kepada para pekerja tersebut kerana menerima kunjungan mereka pada waktu dinihari.

“Semoga dengan sedikit juadah bersahur ini dapat memberi seribu makna buat mereka yang bertugas di malam hari,” ujarnya.