Sanah Helwah Tok Guru

296

Oleh : Haji Ghazali Sulaiman

Sanah Helwah kepada Murabbi Ummah, Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Negeri Terengganu.

Sosok tubuh yang tidak asing lagi, menjadi rujukan dalam negara bahkan luar negara, pernah menjadi Timbalan Kesatuan Ulama di Peringkat Antarabngsa.

Berjasa besar didalam masyarakat, setia mengajar di Masjid Rusila pada setiap jumaat, agar masyarakat di Negeri Terengganu cerdas akal dan mindanya, serta sudah tentu berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia dan negara Islam lainy, sebagai pakar rujuk didalam memastikan Islam itu diletak di tempat yang sepatutnya agar keadilaan dan kebenaran dapat ditegakkan di atas muka Bumi Allah mengikut acuan Rasulullah dan mengikut perintah Allah agar dunia ini aman tanpa ada konflik dan peperangan yang telah menyaksikan Islam itu tertindas.

Apabila kita mengenangkan murabbi ummah ini, sudah pasti akan bersarang perasaan sedih dari lubuk hati paling dalam, dihina, dimaki, dicaci malah sanggup dikata sebagai pemecah belah masyarakat, namun beliau tenang meredahi segala mehnah, tribulasi dan segala ujian fitnah dilemparkan kepadanya dengan tenang, itulah keperibadian ulama yang ulung didalam negara malah sanggup menghentikan persengketaan yang lama dengan UMNO, kerana segalanya demi Islam.

Kerana itu Tuan Guru mengangkat tema “Islam Memimpin Perpaduan” kerana satu-satunya bagi menyatukan masyarakat dunia dari terus berkonflik dan berlakunya perbalahan adalah dengan Islam semata-mata tiada yang lain.

Dengan mengikut acuan Islam maka kedamaian akan dapat diwujudkan, dan keharmonian akan terjamin.

Serta tidak kurangnya jasa beliau didalam mengkaderkan para pejuang Islam agar tidak sesekali lemah, dan tidak sesekali berputus asa dari rahmat Allah, sentiasa setia bersama Islam seumpama pusingan roda, bersama di ketika Islam itu berada di atas mahupun di bawah.

Begitulah jasa tuan guru didalam mentarbiah dan mendidik masyarakat, juga supaya setiap orang Islam itu mempasakkan keyakinan dan keimanan yang teguh kepada Allah SWT, tidak sesekali terpesona dan mudah menerima segala ideologi asing selain dari ajaran Islam, supaya masyarakat mengenal mata intan, mana kaca, dan mana itu permata, apatah lagi didalam keadaan negara kucar kacir dan penuh berkecamuk bahana pasca pemerintahan PH yang memberi kesan buruk didalam negara mencabuli keistimewaan Islam, Institusi Diraja malah tidak cukup dengan itu melindungi pula pengganas.

Namun ada hikmah di sebaliknya apabila PH melindungi pengganas maka masyarakat membuka mata, melihat kepada keadilan Islam bahawa agama Islam sebagai agama yang suci dan diredhai di sisi Allah bukanlah sebuah agama yang mengajar umatnya pada keganasan, dan meletakkan masyarakat Malaysia mahupun dunia didalam keadaan kucar kacir, itu adalah jasa tuan guru yang bijaksana didalam mendidik ahli PAS supaya sabar, tenang dan terus berjuang.

Insya-Allah rakyat Malaysia khususnya Ahli PAS akan tetap setia mengikut segala apa yang dihasratkan dan diimpikan, kerana faham dan sedar keingginan tuan guru bukanlah berdasarkan kepentingan peribadi malah ianya seiring dengan kehendak Allah dan Rasul mengikut panduan dan acuan daripada Al-Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qias. Semoga negara sejahtera akan dapat dibentuk pada Pilihanraya Umum Ke-15 nanti dengan memastikan ‘Islam Memimpin Perpaduan’ yang akhirnya menatijahkan kehidupan yang sejahtera di Malaysia tercinta.

*Penulis merupakan Pengerusi Majlis Tindakan DUN N-25 DUN Bukit Besi.