Sambutan Raya Kota Putera: Pengunjung Tidak Putus-putus

374

BESUT – Sambutan Hari Raya Aidil Fitri DUN Kota Putera mendapat kunjungan ramai pelbagai pihak termasuk oemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Timbalan YangDipertua PAS Besut Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, tiga daripada sejumlah lima kawah gulai yang disediakan, telah habis dalam masa dua jam.

“Alhamdulillah sambutan hingga sekarang ini tidak putus lagi dengan (turut hadir) Dato Seri Idris Jusoh, dan YB Tengku Zaihan (BN Kuala Besut), mudah-mudahan kerjasama kita boleh eratkan lagi,

“Kalau jangkaan kita, mengikut gulai kawah lima ribu (pengunjung) tapi sekarang ni tinggal 2 kawah lagi dan disamping itu makannan lain kambing golek tiga ekor, ayam 100 ekor lebih jadi mungkin mencapai 4000 orang (sekarang),” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Kota Putera dan juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri berkata demikian, ketika ditemui di majlis itu pada tengah hari semalam, Sabtu 8 Jun.

Sehubungan itu, berharap anak-anak Terengganu di perantauan yang akan pulang selepas menyambut Raya di kampung, berhati-hati memandu di jalan raya.

“Saya mengaharapkan semua Perantau akan pulang ke destinasi masing-masing berhati-hati di jalan raya kerana kadar kemalangan yang saya tengok sehari seblum raya sudah (mengorbankan) 140 mangsa,

“(semoga) tiada daripada warga Kota Putera yang jadi penambahan kepada mangsa kemalangan, dalam keadaan kereta banyak kita kepenatan, kekenyanagan dan banyakkan rehat lebihkan keluarga yang tersayang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Haji Khuz terkejut apabila mendapat khabar pemergian mantan ADUN Hulu Besut, almarhum Ustaz Abdullah Mat Dan.

“Saya terkejut bangun subuh tadi tengok whatapps, kita kehilangan tokoh veteran di Besut, moga rohnya dicucuri rahmat (beliau) meninggalkan kita di bulan yang mulia bulan syawal dan sebaik kita habis Ramadhan,

“Mudah-mudahan (jasa) hasil peninggalan beliau kita dapat teruskan dan pertingkatkan lagi dari semasa ke semasa,” ujarnya.