Salah Menang Anugerah ‘Puskas’ FIFA

288

Penyerang Mesir Mohamed Salah telah memenangi Anugerah Puskas FIFA untuk gol terbaik tahun ini ketika bersama pasukan kelabnya menentang musuh setempat Everton di Anfield pada Disember tahun lepas.

Salah mengungguli undi di laman web rasmi FIFA daripada senarai 10 calon, dengan para peminat memilih untuk penyerang mujarab Liverpool itu.

Dalam aksi tersebut, Salah mengutip bola di tepi kotak Everton, memecahkan pertahanan lawan sebelum mencatatkan sepakan kaki kiri ke sudut atas gawang.

Anugerah ini disampaikan pada acara yang hebat di Dewan Perayaan Diraja London dengan kehadiran tokoh-tokoh dunia bola sepak hadir untuk menyaksikan Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA tersebut.

Pada tahun 2016, Mohd Faiz bin Subri seorang pemain bola sepak profesional Malaysia telah memnangi anugerah yang sama.

Pemain tengah untuk pasukan Pulau Pinang semasa beraksi Liga Perdana menentang Pahanng telah membuat tendangan bebasnya yang yang terkenal dan memenangi Anugerah Puskas FIFA.