Rumah Urut : Fitnah Jijik Pemuda PAN

145

Oleh : Izzat Al-Qushairi

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menyifatkan fitnah terbaharu Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN) sebagai keterleluan dan amat melampau serta memualkan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Harun Esa menegaskan tuduhan PAS memberikan lesen dan menghalalkan perbuatan rumah urut adalah satu fitnah yang jahat.

“Penafian dari Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) atas isu terbabit sebenarnya sudah cukup untuk menafikan kewujudan pusat (urut) maksiat berlesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu juga, DPPNT mendesak pihak Pemuda PAN untuk segera memberikan bukti kepada pihak MBKT dan pihak berkuasa jika benar-benar mempunyai maklumat tentang isu tersebut

“Apapun, kami berterima kasih atas pendedahan tersebut jika benar maksiat melalui pusat urutan tradisional berlaku

“Jika sebaliknya, kami tegaskan pimpinan PAN terlibat mohon maaf dengan segera.

“Pihak kami juga tidak teragak-agak akan membuat laporan polis terhadap isu fitnah ini yang jelas berniat jahat dan boleh mengundang tanggapan negatif serta sensitiviti masyarakat semua,” tambah beliau.