RTB Sungai Mekelok Diteruskan

1102

Oleh : Alfian Mamad

KEMAMAN – Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian Sungai Mekelok di Sri Bandi dekat sini akan diteruskan.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, RTB tersebut telah dinafikan hak miliknya oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2004, telah berjaya dimajukan semula dengan usaha gigih cawangan PAS terbabit.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada semua pihak di Sri Bandi ini yang bertungkus lumus dalam menyelesaikan masalah rakyat,

“(Dan) Inilah hasil berkat dan kesabaran serta kerjasama yang ditunjukkan dan semoga ianya menjadi contoh kepada cawangan yang lain,” katanya.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Kijal berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengundian Lot di Dewan Ketengah Sri Bandi semalam, 24 September.

Menurutnya, sebanyak 600 lot perumahan yang akan dibuka bagi menyelesaikan keperluan rumah masyarakat setempat yang semakin meningkat.

Justeru beliau berkata, selain daripada berusaha menyelesaikan hal ehwal masyarakat, jangan dilupa tentang hal ehwal Jemaah.