Royalti : Doa Rakyat Yang Dizalimi Tiada Hijab

1499

Oleh : Nooreni Abu Bakar

MARANG : Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melengah-lengahkan bayaran baki royalti, sebenarnya telah menzalimi rakyat dimana doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Terengganu, Dr. Ustaz Hamdan Mohamad berkata royalti itu adalah hak rakyat dan perlu dikembalikan kepada rakyat menerusi kerajaan.

“Pemimpin mesti adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agamanya,” ujar beliau.

Dr. Hamdan menyebut demikian ketika menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, di sini pada 4 Disember.

Menurut beliau diantara yang Allah tidak mahu dipandang di akhirat kelak ialah pemimpin yang berdusta.

“Pemimpin begini tidak akan bahagia hidupnya di dunia,” katanya di kuliah mingguan menggantikan tempat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.