Rizab Melayu; Kerajaan PAS Sedang Mengenal Pasti Kesesuaian Tanah

660

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu sedang mengenalpasti tanah-tanah yang sesuai untuk diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri itu, Haji Muhyiddin Abd Rashid (Gambar) berkata, ia melibatkan tanah kerajaan dan juga tanah milikan yang munasabah.

Menurutnya, ia akan mengambil sedikit masa bagi kerajaan melaksanakan manifesto berkait berkara terbabit kerana beberapa isu yang perlu diperhalusi.

“bagi tanah milikan (yang mahu diisytiharkan sebagai Tanah Rizab) ia terdedah kepada bantahan daripada pemilik,

“Oleh sebab itu, ia perlu dilakukan dengan teliti supaya tidak munimbulkan implikasi yang tidak menyenangkan di kalangan rakyat,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika dihubungi semalam.

Haji Muhyiddin yang juga Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu berkata, sudah pasti ada pemilik tanah yang tidak bersetuju dan tidak suka tanah mereka di jadikan Tanah Rizab.

Namun negitu, beliau yakin karajaan dapat menunaikan janji pilihan raya itu dalam masa pemerintahan pada penggal ini.

“InshaAllah, proses sedang berjalan dan akan dimaklumkan kepada orang ramai dalam masa yang sesuai nanti,

“Senarai pendek belum ada tapi cadangan untuk satu dua tempat untuk dijadikan tanah rizab itu sudah ada,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail yang memberi ingatan kepada kerajaan PAS, berhubung perkara tersebut.

Sebaliknya Haji Muhyiddin berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan oleh Azan tentang tanah rizab itu adalah tindakan beliau cuba mengalihkan tumpuan beberapa isu politik dalaman PKR sendiri.

“Azan cuba mengalih isu, selepas isu surat PM8 daripada PKR Terengganu untuk ‘Malaysia Airport Sdn Bhd’ dikritik teruk oleh netizen,” tegasnya.