Ribuan Warga Israel Berdemonstrasi Bantah Penguatkuasaan

205

Ribuan warga Israel berdemonstrasi pada hari Sabtu di Tel Aviv menentang rancangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk mengambil alih pentadbiran Lembah Jordan dan Tebing Barat yang diduduki secara haram.

Penguasaan secara ‘de facto’ terhadap tanah Palestin yang diduduki telah mendorong Pihak Berkuasa Palestin mengancam akan menarik diri dari semua perjanjian dengan Israel.

Menunjuk perasaan dengan memakai topeng muka dan menjaga jarak antara satu sama lain di bawah sekatan coronavirus, para demonstran berkumpul di bawah sepanduk “Tidak untuk penguatkuasaan (annexation), tidak untuk penjajahan Ya! untuk perdamaian dan demokrasi”.

Mereka turut mengibarkan bendera Palestin dalam protes itu yang dianjurkan oleh kumpulan sayap kiri dan NGO Israel.

Kira-kira hanya separuh orang Israel menyokong penguatkuasaan, menurut tinjauan pendapat baru-baru ini.

“Tidak ada yang lebih penting untuk membela keadilan, dan memperjuangkan masa depan yang kita semua dambakan,

“Terpulang kepada kita semua untuk menentang pemimpin dan membangun masa depan yang damai bagi setiap rakyat Palestin dan setiap orang Israel,” kata Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders.

Video Sannders telah ditayangkan kepada khalayak pada himpunan secara aman itu.

Pihak Berkuasa Palestin menginginkan sebuah negara merdeka di Tepi Barat, Jerusalem Timur dan Jalur Gaza, wilayah yang ditawan oleh Israel dalam perang 1967.

Pasukan Israel menarik diri dari Gaza pada tahun 2005 tetapi dua tahun kemudian pihaknya memberlakukan sekatan darat, udara dan laut yang melumpuhkan yang disebut oleh ketua ketua kemanusiaan PBB sebagai “penjara terbuka”.

Presiden AS Donald Trump melancarkan Pamai Damai Timur Tengah pada Januari yang cuba mengiktiraf kedaulatan Israel atas penempatan dan pendudukan haram, yang tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Trump menyatakan bahawa Israel akan diberi kawalan keselamatan di Lembah Jordan, Tebing Barat yang diduduki, di mana puluhan penempatan haram telah dibina selama beberapa dekad.

Sebagai balasannya, rakyat Palestin dikatakan akan memiliki negara mereka sendiri dengan ibu kota di Jerusalem Timur.

Rakyat Palestin telah menolak cadangan tersebut dan menyuarakan kemarahan terhadap pennguatkuasaan yang dicadangkan oleh Israel.