Ribuan Tunjuk Perasaan Desak El-Sisi Berundur

1324

Ribuan pengunjuk rasa pro-demokrasi telah berarak di kota-kota di seluruh Mesir untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Abdel Fattah el-Sisi.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan mengucapkan, “bangun, jangan takut, Sisi mesti pergi” dan “rakyat menuntut kejatuhan rejim” lewat pada hari Jumaat.

Protes dilaporkan berlangsung di ibukota Kaherah dan bandar kedua terbesar di Alexandria serta Suez.

Pegawai-pegawai seragam awam berhadapan dengan para demonstran yang cuba menghampiri Dataran Tahrir Square di Kaherah.

Beberapa tangkapan juga dibuat di ibu negara, dan terdapat laporan gas pemedih mata yang digunakan pada penunjuk perasaan.

Demonstrasi itu muncul selepas pengusaha yang juga pelakon Mesir Mohamed Ali menuduh Presiden el-Sisi melakukan korupsi dan menyeru agar orang ramai turun ke jalanan serta menuntut pemimpin itu dibuang.

Sebaliknya el-Sisi telah menolak dakwaan itu sebagai satu “pembohongan”.

“Jika el-Sisi tidak mengumumkan perletakan jawatannya pada hari Khamis, maka orang Mesir akan keluar ke dataran pada hari Jumaat sebagai protes,” kata Ali dalam satu video yang disiarkan pada hari Selasa – AJE