Ratusan Hadiri Pengkebumian Syuhada Kejadian Tembakan Masjid New Zealand

511

Ratusan keluarga dan sahabat handai serta rakyat tempatan menghadiri pengkebumian mangsa serangan masjid Christchurch, lima hari selepas 50 orang ‘syahid’ dalam kejadian tembakan rambang terburuk dalam sejarah New Zealand.

Antara yang disemadikan ialah seorang pelarian Syria, Hamza Mustafa yang berusia 15 tahun dan bapanya, Khalid, 44, yang baru tiba di New Zealand enam bulan sebelum mereka dibunuh.

Saudara lelaki Hamza, Zaed, 13, menderita luka tembakan ke kaki dalam serangan itu hadir dengan didorong oleh kerusi roda.

Ramai yang berbaris untuk membantu mengisi kubur dengan tanah apabila mayat diletakkan di liang lahad.

Bahkan mereka yang hadir berlumba-lumba mencapai penyodok menunjukkan semua yang berada di tanah perkuburan itu, ingin mengambil bahagian, mnyemadikan para ‘syuhada’.

Pengebumian yang agak lewat, selepas pihak polis mengenalpasti dan menamakan mangsa serangan pada pagi Jumaat di Masjid Al Noor dan Linwood.

Perdana Menteri Jacinda Ardern menghadiri pengkebumian ’50 syuhada’.

Muccad Ibrahim yang berusia tiga tahun adalah antara yang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai, disifatkan Perdana Menteri Jacinda Ardern sebagai “serangan pengganas yang terancang”.

“Semua orang bersedih dengan cara yang tidak dapat kita jelaskan,” kata Gulshad Ali, yang datang sejauh dari Auckland untuk menghadiri pengebumian itu.

“Saya berasa hancur, saya terkejut secara emosional dengan melihat mayat-mayat yang diletakkan.” ujarnya sedih.