Rasuah, maruah penting di Bagan Pinang

367

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyatakan bahawa pengundian Adun esok perlu dilakukan seperti memilih menantu.“Mengundi ini macam memilih menantu. Seorang calon adalah orang biasa yang baik dan seorang lagi (adalah) orang kaya yang kekayaannya hasil dari rasuah.” Jelas Mahfuz.

“Apa gunanya bermenantu kaya, kalau jiran sebelah rumah dan luar kampung semuanya mempersoal keputusan kita (mengundi) esok.”

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan rakyat kian sedar bahawa rasuah bukan sekadar amalan politik Umno, malah ianya menjadi ketagihan parti perkauman Melayu itu.

10 Okt“Ya…kita (Pas) berjaya membina paradigma baru untuk rakyat Malaysia, di mana rasuah menjadikan Umno ketagih dan mesti dijadikan  musuh no.1 kita semua.”

“Jika Umno menang sekali pun, rakyat lihat ianya hasil rasuah. Jika kalah sekali pun, saya yakin ianya disebabkan rakyat menolak pemimpin rasuah.”

“Apa pun keputusan (menang kalah) ia akan mencerminkan masa depan Malaysia.” Pengarah Bersama (Salahuddin) Jentera Induk N31 Dr. Dzulkifli Ahmad berpendapat, jika Umno kalah lagi buat kali kelapan dalam pilihanraya kecil ini, ianya lebih banyak memulihkan Umno dari budaya rasuah.

Jika menang calon bersih seperti Zulkefly, sebenyarnya ia banyak mengajar keangkuhan Umno bahawa duit bukan segala-galanya untuk membeli jiwa rakyat.”

“Inilah pilihanraya yang menentu sama ada perasuah layak menjadi pemimpin atau sebaliknya.”

“Jika menang pun, ia mempercepat amarah rakyat kepada pemimpin dan parti rasuah. Jika kalah, lebih-lebih lagi lah.” Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi berpendapat, pengaruh yang ada pada seseorang pemimpin bukan segala-galanya dalam politik.

Tetapi, seseorang bakal Adun itu mestilah dilihat bermaruah dengan tidak mengamalkan rasuah.

“Pemimpin yang dipilih mesti bersih, bermaruah. Kita (rakyat) tidak boleh memilih pemimpin (secara) tangkap muat semata-mata berpengaruh kerana akhirnya membinasakan kerajaan kelak.”

Sejak Isnin lepas, isu rasuah begitu diperjuangkan oleh PAS dengan meletakkan pemimpin yang dikenali bersih; Zulkefly Mohamad Omar. Manakala, Umno pula menawarkan pelbagai janji pembangunan segera kepada rakyat tempatan.

Ianya dipercayai demi mengalih tumpuan amarah rakyat terhadap beberapa kes rasuah yang dipalitkan kepada calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sewaktu menjadi Menteri Besar 22 tahun lalu.

Esok, Malaysia akan menyaksikan sama ada rakyat Bagan Pinang bersedia memulakan perubahan dengan menolak pemimpin rasuah; atau Pakatan Rakyat perlu menunggu satu lagi pilihanraya kecil kelak untuk menjadikan RASUAH MUSUH NO. 1 MALAYSIA. -END