Rapatkan Silaturrahim Dan Eratkan Perpaduan

735

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim dan mengeratkan perpaduan antara kaum yang berbilang bangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, majlis tersebut yang diadakan di Bank Islam Cawangan Dungun pada setiap tahun bagi meraikan pelanggan yang datang ke bank.

“walaupun sambutan hari raya yang dihadiri dalam keadaan sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini Selasa, 11 Julai.

Katanya, majlis yang diadakan di perkarangan parkir turut dihadiri oleh tetamu-tetamu dari jabatan-jabatan kerajaan yang lain dan juga masyarakat setempat.

Selepas itu, beliau memenuhi undangan jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pejabat Agama Daerah Dungun.

Turut sama hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Agama Daerah Dungun Tuan Haji Muhammad Zamri Nik.