Ramadhan, Hari Raya dan Artis Berhijrah

718
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Faizal%20tahir%20.jpg

Ramadhan lalu, Bob Lokman melahirkan hasratnya mahu membimbing artis dan bertindak sebagai ‘promoter; kepada artis-artis yang sudah berhijrah.

Bob berkata demikian selepas menyampaikan tazkirah dan bersolat tarawikh di Markaz PAS Bukit Gantang pada 15 Ogos lalu.

Seusai tazkirah Bob Lokman, semasa makan ‘morey’ yang disediakan penganjur, dalam sembang-sembang itu Bob Lokman menyatakan beliau ingin buat kerja lama jadi promoter artis.

[Gambar kanan bawah – Bob lokman turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di Bukit Gantang]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/bob%20lokman.JPGMenurutnya, dengan menjadi promoter artis atau selebriti yang telah berhijrah itu, boleh menyusun jadual ceramah atau kerja seni artis yang telah berhijrah itu.

“Artis yang berasal dari Johor boleh ke Kedah misalnya,begitulah sebaliknya. Artis asal Kedah boleh ke Johor untuk berdakwah,”menurut Bob.

Manakala Abby Abadi, yang muncul dalam program di Shah Alam pada 12 Ogos di gossip sebagi melenting apabila di tegur oleh ustaz Azhar Idrus.

Program tazkirah dan soal jawab yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dihadiri ribuan hadirin dengan penampilan Leman Raja Lawak dan Faizal Tahir.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Sham%20Kamikaze.jpgFaizal Tahir yang memaparka imej ‘berkupiah’ menerima respon dari banyak pengunjung ‘maya’ yang bertanyakan bila pula beliau akan berhijrah [Gambar atas].

Abby Abadi telah di jemput untuk bersama majlis sempena eidul Fitri bersama Perantau Kelantan di pekan Air Lanas pada 21 Ogos, bersamaan 3 syawal.

Sebelum itu, menurut laman sosial Twitternya pada bulan Ramadhan dilaporkan di pelawa oleh bekas suami Norman untuk berhari raya di Kuantan, namun beliau menolaknya.

Manakala bekas pemain gitar terkemuka Sham Kamikaze pula diundang oleh Pejabat Menteri Besar Kedah bagi program sempena Hari raya Eidul Fitri.

Program yang diadakan di Seri Mentalon, kediaman rasmi MB itu, berlangsung pada 4 Syawal bersamaan 22 Ogos dirasmikan sendiri oleh Dato’ Seri Ustaz Azizan  Razak, telah dianjurkan Persatuan Mahasiswa Kedah