Rakyat Wajib Memilih Pemimpin Yang Berilmu

689

KUALA TERENGGANU – Rakyat wajib memilih pemimpin yang berilmu samada ulamak professional dan pandai mengurus serta menjaga amanah negara bukan hanya sekadar bercakap sahaja tapi buat kerja.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu Hajah Zarani Othman berkata, calon yang dipilih bersifat amanah bukan jawatan yang menjadi kepentingan mereka tetapi untuk berbakti dan berkhidmat pada masyarakat.

“Suasana politik yang ada dalam negara kita masing-masing sekarang ini sedang bekerja dan firman Allah SWT menyuruh kita semua bekerja terutama yang nak meninggikan agama dan untuk memartabatkan syariat Allah SWT,

“Kita tengok di mana-mana dengan suasana pada hari ini daripada Besut hingga kemaman bendera parti sudah bersiap sedia,

“ Begitu juga dengan bendera dacing Barisan Nasional dan juga PKR serta PAN,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Mesej Dari Dapur Muslimat pada Ahad, 15 April.

Katanya, PAS berharap pengundi yang berada di Malaysia tetap mengundi parti PAS walaupun pada sekarang ini berada dalam suasana fitnah di media baru, Facebook dan Instagram dan twitter yang dileparkan kepada pimpinan PAS.

“Penetapan orang yang berdaftar sehingga bulan Disember tahun 2017 yang di sahkan oleh Suruhan Jaya Pilihan raya (SPR) baru- baru ini adalah pengundi yang layak,

“Dan kita minta anak –anak muda cek daftar pengundi dan di mana tempat kita mengundi nanti,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, isteri Tuan Guru Presiden PAS To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah berkata, pada zaman teknologi canggih dengan adanya whatApps dan facebook kebayakan anak –anak muda mengetahui tentang isu semasa.

Sekiranya ada juga sebilangan anak-anak muda yang masih tidak tahu jadi terbelakanglah dalam dunia canggih.

To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang

“Kita sebagai rakyat kena tahu tanggungjawab sebagai rakyat dan perlu pilih pimpinan yang ke arah Islam untuk menerajui negeri,

“Kita duduk di atas dunia bukan kekal tapi hanya sementara sahaja dan akan dihisab serta di kira di akhirat kelak apa yang dibuat di dunia ini termasuklah memilih seorang pemimpin,

“Dan kita akan bersama dengan pemimpin Islam di akhirat kelak bersama satu jemaah,

“Serta kita rela anak cucu akan datang bersama-sama dengan pemimpin yang kita pilih atas dunia ini,” tambahnya.

Justeru beliau berharap kepada anak-anak muda diluar sana kena sedar tanggungjawab sebagai pengundi jangan lupa balik mengundi walau jauh sekalipun perlu berkorban sebagai tanda akhir dengan perjuangan Islam.